Keris
berdapur tilam sari ini jelas adanya pengaruh buatan daripada empu
Kerajaan Majapahit. Pengaruh dari Kerajaan Majapahit di sini adalah
daripada jenis tikungan wedidangnya.
Sejarah Keris Tilam Sari
Keris
ini di anggarkan telah di buat pada abad ke 15 iaitu di zaman Kerajaan
Majapahit Runtuh (akhir). Berdasarkan fakta sejarah, semasa Kerajaan
Majapahit dengan rajanya bernama Brawijaya Pamungkas atau Bre Kertabumi
(Brawijaya V), beliau telah pergi ke Gunung Lawu kemudian Moksa yang
masih terdapatnya Kerajaan Majapahit akan tetapi bukan lagi sebagai
kerajaan yang besar. Pusat Kerajaan Tanah Jawa ketika itu ada di Demak
Bintoro
Ketika
itulah, adanya seorang empu yang telah mengabdi dirinya kepada
Kerajaan Majapahit sehingga pemerintahan Raja Brawijaya yang ke VII.
Maksud
di sebalik falsafah empu terhadap dapur Tilam Sari adalah mengambil
pengertian Tilam sebagai tempat pembaringan, tempat beristirahat dan
daripada segi bahasa moden bermaksud tempat tinggal. Sari pula bermaksud
harum, wangi, semerbak.
Pengertian
Tilam Sari apabila di cantumkan adalah membawa makna bagi mendapatkan
tempat berteduh yang harum semerbak baik di hadapan Tuhan Yang Maha Esa
maupun sesama manusia. Konsep doa daripada empu yang diharapkan
terhadap keris berdapur Tilam Sari adalah agar pemilik atau penghuni
rumah yang merawat keris berdapur Tilam Sari akan selalu mendapatkan
kemuliaan, kebahagiaan, kedamaian, nama yang harum, dihormati orang
disekelilingnya dan selalu mendapatkan perlindungan keselamatan
daripada Tuhan Yang Maha Esa.
Pamor
yang dikenakan di keris Tilam Sari ini adalah berpamor Kul Buntet
jenis pamor miring dan susulan. Doa empu agar si pemilik keris ini akan
selalu dilindungi oleh Tuhan Yang Maha Esa daripada hal-hal yang
kurang baik.
Ricikan
keris tilam sari adalah bergandik polos, tikel alis, pijetan dan
tingil. Ricikan tingil berbentuk tonjolan tajam seperti duri hanya
sedikit sekali nampak, letaknya tepat diakhir tikungan wedidang
daripada sebilah keris berdapur tilam sari.
Falsafah
empu terhadap ricikan tingil adalah apabila si pemilik keris mempunyai
ilmu pengetahuan tentang apa juga perkara seperti ilmu pertanian, ilmu
agama, ilmu senibina dan sebagainya, empu mengharapkan pemilik keris
ini janganlah berlaku sombong dengan segala ilmu pengetahuan yang
dimilikinya. Biarlah masyarakat yang akan melihatnya sebagai seseorang
yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi,manfaatkan ilmu yang
dimilikinya dan tidak sombong dengan ilmu yang dimiliki.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
SILAHKAN BERI MASUKAN UNTUK MENUNJANG KARYA